Status Smart School bukti MRSM KK penuhi piawaian tinggi

Oleh Donald Ragang

 

SAMBUTAN: Rosnah disambut baik ketika hadir di majlis itu

SAMBUTAN: Rosnah disambut baik ketika hadir di majlis itu

PAPAR, 24 Jan 2013: Status Smart School membuktikan Maktab Rendah Sains Mara MRSM Kota Kinabalu telah memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, ko-kurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yakin pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School adalah sangat tepat dan saya mendoakan lebih banyak kejayaan dicipta oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Katanya, kerjasama yang terjalin diantara MRSM Kota Kinabalu dengan Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu diperluaskan ke bidang lain.

“MRSM Kota Kinabalu dan Kolej Keris Mas masing-masing mempunyai pencapaian yang hebat dalam pelbagai bidang.

“Pada pendapat saya, adalah wajar program Kem Jejak Universiti (Keju) diadakan dalam tempoh masa yang panjang seperti tiga hingga lima tahun,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program Keju di MRSM Kinarut kelmarin.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga MRSM Kota Kinabalu yang telah berjaya mengangkat MRSM Kota Kinabalu berstatus Smart School.

Rosnah amat yakin pelajar yang hadir dalam majlis itu sememangnya akan mampu mencorak masa depan negara yang lebih gemilang.

“Anak-anak seharusnya mengambil harapan saya yang juga harapan kedua ibu bapa dan guru-guru di sini sebagai cabaran serta matlamat yang  perlu ditempuhi dan dicapai,” jelasnya.

Menurutnya, modul yang digunapakai sepanjang program Keju itu tidak memandang remeh oleh pelajar tingkatan lima, malah seharusnya melaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Beliau percaya, sekiranya modul itu berjaya menghasilkan sesuatu impak yang positif, ianya mampu menjadi rahsia kecemerlangan MRSM Kota Kinabalu.

“Saya difahamkan program ini telah menggariskan beberapa petunjuk prestasi utama atau “key performance index” (KPI), maka, diminta semua pihak yang terlibat seperti barisan pemudah cara, guru-guru, pihak pentadbiran, Badan Wakil Pelajar dan sebagainya mampu melaksanakan gerak kerja pasca Kem Jejak Universiti dengan sebaik mungkin,” katanya.

Leave a Reply

Top Malacanyang aide drops by to meet Pandikar

KUALA LUMPUR, Jan 22, 2013: Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia Tuesday received a courtesy call from the Political Secretary to the Philippines President, Ronaldo M.Llamas, at his office in Parliament here. Llamas, was accompanied by Director III of Political Affairs in the Philippines President’s Office, Anna Marie Mae Guerra Dela Vega, and [...]